Rabu, 4 Ogos 2010

Teknologi Mobile(Telefon)

Pada masa kini Teknologi Mobile atau lebih dikenali sebagai telefon amat penting untuk masa kini, ini adalah kerana untuk menghubungkan di antara satu sama lain. Ia juga lebih menjimatkan.

Telefon berasal daripada adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.


Telefon Rumah




Telefon Bimbit



Apple telah memperkenalkan iPhone 4 dengan beberapa spesifikasi dan ciri baru bagi iPhone. Ia menggunakan iOS 4 (nama baru iPhone OS 4.0). Ia dilengkapi dengan skrin jenis baru yang bernama Retina Display dengan resolusi 4 kali lebih tinggi daripada iPhone 3GS. Ketebalan iPhone 4 ini hanya 9.3 mm. Ia mempunyai kamera 5 megapiksel LED flash dengan 5 kali digital zoom dibahagian belakang dan kamera depan untuk chat video (Face Time), merakam video HD 720p, prosessor Apple A4, 3 Axis Gyro dan lain-lain. Baterinya tahan sehingga 7 jam talk time 3G, 10 jam untuk browsing dengan wifi dan menonton video serta 40 jam untuk mendengar muzik. 2 warna disediakan iaitu hitam dan putih. Harganya USD199 untuk 16GB dan USD299 untuk 32GB ( dengan kontrak di US).Ia tersedia mulai 24 Jun di US, UK, Jerman dan Perancis




Tiada ulasan:

Catat Ulasan