Rabu, 4 Ogos 2010

Teknologi Kenderaan


Teknologi kenderaan amat penting untuk masa kini, ini kerana untuk mempermudahkan setiap manusia pergi kemana saja dengan cepat serta pantas. Di dalam negara Malaysia ini terdapat pelbagai jenis kenderaaan antaranya, kereta, komuter/LRT motosikal, kapal terbang, bas serta pelbagai jenis kenderaan lagi.
Selain itu , ia juga dapat menimbulkan daya saing yang tinggi antara syarikat pengeluar kereta tempatan seterusnya meningkatkan lagi kualiti dan mutu keluaran negara.

Kereta

Bas

LRT

Teknologi Komputer(ICT)

Teknologi menggunakan komputer pada masa sekarang semakin canggih. Ini kerana adanya kemudahan melayari internet dengan mudah. Ia juga memudahkan serta dapat menjimatkan kos dan masa. Dengan adanya teknologi ini, kita  juga dapat mencari pelbagai maklumat serta membolehkan kita berhubung dengan sesiapa saja dengan pantas.

Teknologi Mobile(Telefon)

Pada masa kini Teknologi Mobile atau lebih dikenali sebagai telefon amat penting untuk masa kini, ini adalah kerana untuk menghubungkan di antara satu sama lain. Ia juga lebih menjimatkan.

Telefon berasal daripada adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.


Telefon Rumah




Telefon Bimbit



Apple telah memperkenalkan iPhone 4 dengan beberapa spesifikasi dan ciri baru bagi iPhone. Ia menggunakan iOS 4 (nama baru iPhone OS 4.0). Ia dilengkapi dengan skrin jenis baru yang bernama Retina Display dengan resolusi 4 kali lebih tinggi daripada iPhone 3GS. Ketebalan iPhone 4 ini hanya 9.3 mm. Ia mempunyai kamera 5 megapiksel LED flash dengan 5 kali digital zoom dibahagian belakang dan kamera depan untuk chat video (Face Time), merakam video HD 720p, prosessor Apple A4, 3 Axis Gyro dan lain-lain. Baterinya tahan sehingga 7 jam talk time 3G, 10 jam untuk browsing dengan wifi dan menonton video serta 40 jam untuk mendengar muzik. 2 warna disediakan iaitu hitam dan putih. Harganya USD199 untuk 16GB dan USD299 untuk 32GB ( dengan kontrak di US).Ia tersedia mulai 24 Jun di US, UK, Jerman dan Perancis




Selasa, 3 Ogos 2010

Aku dan Teknologi pada masa kini





Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.








SeNi



Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk   


  

GraFiK

Grafik (berasal dari perkataan Greek γραφικός) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.